All praise to Him . I'm happy today . Pray for my FUTURE please :"

15 November 2012

Mukhayam Tarbiyah Kepimpinan 2012

assalamulaikum  ((:



Ahaa !. seperti yang dijanjikan , post kali ni aku nak cerita sedikit pengalaman aku dan sahabat aku yang lain di Kem Naqibah nie yang diadakan di Kem RimbaRia Suara Hutan , Sg.Congkak , Hulu Langat , Selangor .  Kem ini diadakan selama empat hari tiga malam . Dianjurkan oleh pihak BADAR Smka Segamat khusus untuk para naqibah tahun hadapan , insyaAllah . alhamdulillah , kem itu berjaya dihabiskn dengan jayanya . dan banyak perubahan yang berlaku dekat diri ku yang lemah ni setelah mengikuti kem ini .


okayy-II nak citer siket ni, ape yang kiteorang buadd dekat sana ea . kiteorang bertolak dari smka jam 2.30 petang sampai disana , dalam area pukul 7.30 malam tuh . jalan memang sesak lahh kan , dengan hujan lebat tuhh , tapi alhamdulillah sampai jugak dekat kem tuhh . masa mulaMula sampai , kiteorang jamak taqdim dulu maghrib dan isya , lepas tuhh makan malam . Woaa ! nak tahu hidangan pertama kami lauk sardin dan sayur campur . Sodaappp maa ! ((: walaupun lauk tuhh jekk , kami bersyukur coz ramai lagi orang yang tak dapat makan macam kiteorang taw . yang nak dikatakan sedapnyer sebab makan dalam Talam ramaiRamai . first time pergi kem makan dalam talam . tuhh yang best , ukhwah-II ! tehee ^^  okayy , lepas tuhh Taklimat macam biasa oleh fasillitator yang baikBaik sangat yang di gelar abi,umi, abg long , kak long , abg ngah , kak ngah , abg chik ehh ! lupa pulak , mak ngah pun ade :)) . huhu . sesuai lahh dengan kem kiteorang nieh . Naqibah dalam Usrah . USRAH tu kan keluarga , so dekat sana dah macam family dahh . sampai sekarang still contact mereka lagi dengan Group yang dibuat oleh Abg.Ngah ((:


ehmm . okayy Hari kedua , macam biasa lahh qiam , kuliah subuh oleh abi , dan siang tuh sesi ta'aruf . hoho ! kami diberi enam kumpulan . tiga lelaki , tiga perempuan . kumpulan aku sorang jehh form6 . kak Siti ! huhu , yee , nama Group aku Khadijah . macam macam nama kumpulan time tuhh , sallehuddin al ayubi , imam nawawi , abu bakar , rabiatul adawiyah dan ..... aku lupa pulakk nama group tuhh ! alamakkk ! Ehm , takpe-2 . yang penting group tuhh terbaik lahh . lepas kenalkan diri tuhh , kena bangun sorangSorang cakap ape yang kita suka , apa yang kita tak suka dan matlamat hidup . dan satu benda yang paling aku tak boleh terima , TAK SANGKA pulak ada sorang hamba Allah ni, nak memerli aku . pehh ! tahu laa kau bagus sangat . tapi serius ayat aku tu pun aku perli dia . agak dia terasa kodd tuhh 'BANG' aku balik . HAHA ! apa pun tak boleh XD tapi tak kesahh lahh , yang penting tahun depan okayy je . Jangan Ingat aku nak jadi Kuli Kau ea Budakk ! nak settle hal sukan jumpa aku sendiri . huhu . :b hahh ! nak dijadikan cerita tuhh , kiteorang kena tangkap Itik , aduduu . freeFree jehh kena kejar dengan PakCikk Tukang Kebun Kem tuhh , haha , lawak lahh . Abang Long lahh suruh tangkap itik dengan ayam . kan dah kena mara . >.<" ehmm . lepas tuhh mandi sungai . dengan umi ! wahhh , seronok betol kan kiteorang . haha , dah habes main air tuhh , kena makan n solat zuhur dalam keadaan basah ! sugguh tak selesa , tapi , itulah cara mereka tarbiyah kiteorang . alhamdulillah okayy je .. bak kata KAK LONG : "kita dalam Kem , kalau tak dipaksa, tak didesak , takde tekanan , bukan kem namenya . nak yang takde semua tuh pegi kem 5bintang sana" ehmmm , petang tuhh ada sesi mengenali diri , Abg Chikk suruh lukis haiwan apa yang berkaitan dengan diri kita . macam macam jenis haiwan , yang lukis batu , pokok pelam , jeti , mak garang minum air kelapa pun ada ,haha !!   nak tahu aku lukis ape ? ehmm . mulaMula lukis singa taw , tapi hodoh sangat singa tu , last last lukis meow yang comel tuhh . hihi . memang aku GARANG macam singa , tapi hati PENUH DENGAN KASIH SAYANG macam kucing taww taww ^^ . act, bukan garang maksud disini , mybe tegas kott . ye aku tegas sedikit bab bab keja nie . hoho . tak pelik lahh kalau ada budak laki gelar aku . huhu . malam tuhh ada sesi kuliah jeh dari abi dan muhasabah diri oleh kak long . nak dijadikan cerita , malam tuh semua kena marah dengan kak long sebab tak ikot arahan , ada ke patot kiteorang yang makan tapi suruh umi yang lap meja , tak jemput fasi makan , tak tolong hidangkan , amboii . mem besar kan ! kata satu keluarga , uhm lepas tuhh baru di 'basuh' kan sampai nangis nangis , n lakonan Terbaikk abang ngah lahh paling menjadi , siap terjun sungai dan merajuk sampai taknak balik lepas kiteorang pujuk , dah bawak pergi tempat berteduh pun still boleh lari lagi . ayat paling aku ingat lah "takpe la , mati biar lah mati dekat sini" . nak tahu kenapa abg ngah terjun sungai , sebabnya dia kata salah dia sebab tak didik kiteorang , malam tuhh penghulu , penghuluwati semua kena marah , padahal diri sendiri yang salah . serius malam tuhh lambat gilaa kiteorang bertindak . hoho ! apee lahh kan , nasib lahh . tapi after di 'basuh' dengan kak long dan abi , keesokkannya kiteorang okayy dahh . alhamdulillah . tak susah sebenarnya nak didik pelajar smka nie . hihi (:   kiteorang berkeadaan basah macam tuhh sampai ke malam taw , sejuk tak sejuk rasa jehh . dah malam tuhh baru lahh boleh rest siket . huhu . tidur pukul 12.30 . takde lahh lewat kan . haha .



nie abg ngah :))

hari ketiga . Jyeahhh ! hari yang dinanti nantikan . Jungle Trekking . sebelum jungle trekking tuhh , abg yang jadi pandu arah tuh beri taklimat dekat kiteorang , serius dye garang lahh jugak , tapi betol lah apa dia cakap . bab nya kiteorang degil terima lah padahnya . sepanjang perjalanan tuh , Abi suruh kiteorang fikir kebesaran Allah yang ada dekat sekeliling kita , dan rasa bersyukur dengan nikmat yang diberi . hem , serus lahh , takde lah adventure sangat jungle trekking niee , setakat kena gigit dengan pcat 2/3 ekor dekat kaki , tak pelik lahh . HAHA ! n naik bukit yang tinggi gilaa plus licin . time nie lahh nak tengok kerjasama kiteorang . pas tuhh dia bagi masa satu jam mandi dekat air terjun . wahhh ! seronok tau time tuhh , kak long belanja ais krim lagi . ((: main ZUUSSZ TANG dalam air lagi , n menyelam paling lama . huhu . balik daripada jungle trekking tuhh , nak dijadikan cerita ada seorang sahabat kami dari kalangan muslimin Pengsan tetiba . bila tanya dia , dia kata sedar-2 dah dekat surau . n Kak Ngah pun pengsan . woahh ! terkejut taww . mana takk nyer , tengok okayy jeh tadi , tetiba pengsan . sapa tak cuak . ehm , masa tuhh dapat lahh tengok proses perubatan tradisional mengeluarkan benda halus dalam badan oleh Abi . tak sangka aku sorang je f4 yang dekat sebelah kak ngah time tuhh , abi kata kalau tak kuat duduk tepi . hehe . kira kuat lahh aku nie ek , alhamdulillah takde pape . apa yang datang semua daripada Allah taala , :)) hahh ! petang tuhh dia bagi rest dekat bilik dalam 2jam , ready untuk program malam pulak . ehmm . lepas maghrib tuhh ada sesi ceramah daripada Imam Muda Nazrul . sempoi habis lahh . best jugak dengan ceramah dia yang sempoi tuhh . ada satu soalan yang ditanya oleh seorang budak nie , 'macam macam ustad bole berjumpa dengan isteri ustad nie ?' ustad cakap ' dulu , isteri dia lah orang yang paling benci ustad , tapi bila dah jodoh tak kemana kan ' so , kesimpulannya , Jangan Benci orang tuhh lebihLebih sangat , karang dah jadi laku kamuu baru tahuu . Yupp ! TERKENA dekat aku sendiri , aku tkde lahh benci dekat dia nie , tapi Geram yang Amat dekat diaa nie . Perangai kau sumpah buat aku sakit hati dengan kau taww ! ntah lahh , dijauhkan lahh jodoh kita eaa . Aamiinn !! :))  nak tahu takk malam tuhh Night Walk . ramai kodd budak perempuan yang tak berani , al maklum lahh kan gelapp kott . hati perempuan pun emmang lembut . tak pelik lahh . alhamdulillah aku berjaya lalu rintangan yang getir tuhh dengan Ainul Izzah . Serius kuat gila dia pegang tangan aku , budak laki dia lepaskan sorang demi sorang , perempuan berdua . ehm , sepanjang perjalanan tuh ada lah dalam TIGA POCONG , SATU LEMBAGA HITAM , SATU NENEK TUA . huhu . siap sorang pocong nie lompat-II sebelah lagi , aduuhh . takott jugakk . tapi hati dah berserah jehh time tuhh . okayy jee ((: lepas harungi saat tuhh , tengok muka perserta lain , haha ! macamMacam rupaa . kelakar pun ada bila tengok . then balik tempat macam biasa , then ada aktiviti lain . iaitu berdiri atas telur . huhu . FOKUS !! :)) insyaAllah tak pecah pun telur tuhh . then , dengan kisah Dari abg long pasal dua orang anak bunian yang comel sampai 12.30 lebih , balik bilik dan tidur .


hari terakhir , kiteorang kena terjun sungai pulak sorang demi sorang . nak tunjuk keyakinan diri dan keberanian . alhamdulillah masih selamat lagi . hihi , n main tarik tali antara kumpulan . n motifnya tolak ansur . huhu , menguji minda betol tapi so far so good lahh . lepas tuhh majlis penutupan maa . pehh ! sedih sebenarnya nak tinggalkan abi,umi, bang long , kak long , bang ngah , kak ngah , mak ngah , abg chikk . sungguh rinduu mereka sangatSangat !! :))) sempat jugakk lah bergambar dengan mereka semua sebelum berpisah . semoga apa yang aku belajar disana dijadikan manfaat pada aku dan sahabat yang lain dalam menunaikan amanah mu Ya Rabbi . insyaAllah . amiin . :))



okehh . semoga ukhwah antara kami terus terjalin hingga akhir hayat .
insyaAllah :))
assalamualaikum ^__^ .v 






Syukran Jazilan. Thanks for Reading

No comments:

Post a Comment