All praise to Him . I'm happy today . Pray for my FUTURE please :"

9 April 2014

Daurah :)

bissmillahirahmanirrahim.
assalamualaikum (:



ahaaa kembali lagi bersama saya Si Gojesss . *tettttt* haha :P
tetiba kan petang dini hari yang redupRedup berangin , teringat pula dekat sesuatu perkara yang membuatkan aku Tenang sangat dekat sana , even kepenatan tahap maksima tapi rasa dimudahkan jehh urusan dekat sana . terTanya tanya tak apakah perkara itu ? haha aku tahu semua menantikan jawapan daripada saya . eheee *perasan sudaaa* apaApa ajaa lah iema nihh kan (:

okay .

tuhh lah tempat yang aku sangat kagum tuhh .
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah  a.k.a Masjid Negeri :))
dekat sana lah aku mengenal erti Daurah dan Ukhwah.

herm ramai yang tanya Daurah tuhh apa , hahaha aku pung bila nak explain dekat orang hanya aku mampu cakap tuhh kem , untuk anakAnak selangor . macam mana aku boleh terlibat dekat kem nihh sebab kakak aku yang first sis Auni yang kenalkan aku dekat daurah nihh . aku dah lama nak join benda benda macam nihh sebab rasa hati aku nih kosong pulakk means masa percutian yang panjang sebelum keMana mana nihh kan , iyelahh lepas nihh kalau dapat U pung belum tentu dapat join Daurah ke takk . haihh :') sobsss.

alhamdulillah makbul doa aku untuk ke tempat nihh . serius aku cakap bila SPM aku tak 'flying colours' macam yang diharapkan aku nak muhasabah diri balik dan tenangkan fikiran balek dekat sini . dan apa yang aku niat tuhh memang betol berlaku . Allahu . :')) 
 aku join benda nihh pada 22 Hb , SPM's Result keluar pada tarikh 20 Hb , yupp sangat dekat kan tarikh tuhhh  siapa sangka Kuasa Allah kan . dan Doa Aku makbul untuk keSana untuk mencari diri aku yang sebenar dan tenangkan hati dan fikiran :)) chehh . 

herm , memang berat kan bila apa yang kita Nak tapi kita tak dapat , sebab Allah tahu apa yang kita perlu dan terbaik untuk kita , dan aku yakin lepas nihh pasti ada yang lagi baik untuk aku . bukan nak terasa diri kononnya macam sangat kuat , errrr tuhh bukan aku , tapi aku cuba untuk bangkit dari kegagalan nihh , dan terus kuat . orang yang patut memberi motivasi dekat diri kita ialah ---> DIRI KITA sendiri , mind set kita , hati kita , semua balik dekat diri kita sendiri , so , janganlah terasa down yang korang tak akan berjaya lagi selepas nihh :D

Okay balik pada tajuk lahh kan DAURAH
hermm banyak perkara yang berlaku dekat sana , dan bila aku nak cerita dengan sangat detail tak mampu kot Page nihh nak tampung , karang hang sat agi lappy nihhh  kuikuiii :pp

aku ke sana dengan sebagai Fasilitator Daurah , bukan sebagai peserta , act aku pung ingat jadi fasi nihh senang jehh lahai macam dekat sekolah dulu, ohh tidakk semudah tuhh rupanyaaa , act korang kena rancang macamMacam untuk bago program nihh Berjaya dan Best , something like that lahhh  haha buat aktiviti yang boleh bagi mereka betol betol menjadi anakAnak yang soleh dan solehah kelak . Alhamdulillah , kalau Daurah kali nihh berjaya inshaAllah anakAnak ini juga berjaya . Merekalah wasilah untuk kita Ke Syurga , jadi tak perlu lahh rasa macam kita  join benda nihh dan rasa rugi . tapi serius talk , kalau niat kita join daurah nihh sebab lain , memang akhirnya kita tak akan dapat apaApa , macam kita kat Makkah lahh sebenarnya tempat tuhh bila kita berkataKata sudah jadi doa kan , macam tuhh lahh bila kita dekat Masjid nihh . :')

aku dan beberapa orang Fasi baru yang masih tak tahu apa itu daurah pada hari pertama kami diberi pencerahan dengan lebih mendalam tentang daurah nihh , ditunjukkan bilikBilik khas dan apa yang patut kami lakukan untuk menarik minat AdikAdik kita nihh dalam daurah . 

Beberapa perbincangan kecil antara fasi baru dan fasi lama telah dijalankan pada hari pertama kami pergi ke Masjid nihh , aktiviti by group yang dipecah untuk merancang program yang sesuai untuk Mereka . daripa satu kelompok besar kepada dua kmpulan , dan berdua/patner , dan sendiri/individu . ahaa masa tuhh kita kena bincang apa tajuk aktiviti tuh , objektif , matlamat , tempoh , pelaksanaannya dan alatan yang diperlukan segala . means kena lahh rancang satu aktiviti yang sangat detail ohhh . hahaha 
macam task takk? ahaa dalam lima minit jehh kami bincang benda tuhh , tak lama kan . herm tapi tuhh lahh aku aplikasikan balik apa yang aku pernah amalkan dekat sekolah dulu , walaupun just fasilitator biasa masa dekat sekolah sebenarnya masih cetek lagi pengalaman aku untuk Program yang Hebat nihh . ALLAH . :')

Ahaa cerita sedikit masa perbincangan tuhh masa berpatner , aku dapat team dengan sahabat yang samaSama dari Kluang nihh , Kisas Product ohhh  Strait's A student . :)) bijakk kann , ahaaa bijakk dia sampai buat aku sentappp ohhh . haha ada masa perbincangan tuh perkataan dari/daripada pung jadi isu . haha tapi takdelahh sampai gaduhh pung sebab benda tuh biasa jehh . herm act even kiteorang tak pernah kamcemm pung sebelum nihh tapi boleh lah bincang dengan baik . apabila berbincang dengan individu yang lain the aktiviti nampak lagi mearik kan . means kalau kita samaSama berkerjasama  macam Leader Group LIttle Caliph buat satu aktiviti yang sangat meanings dia GOOD ! . :) aktiviti nihh antara semua fasi . 

"setiap orang diberi kertas dan di minta untuk lipat mengikut rahan yang diberi , dan dikoyak mengikut arahan juga , hasilnya setiap orang akan dapat koyak yang berbezaBeza , ada lubang hujung kiri , hujung kanan , tengah , terbelah dua kertasnyaa , tapi bila disatukan semua kertas tuhh , lubang yang tetutup tuhh pasti tidakk akan nampak kan ." 
tak percaya ? cuba buat . (: haha 

rasionalnya akitiviti nihh samalah macam Kami semua nihh , walaupun ada kekurangan dekat semua orang tapi  apabila bersatu dan bertolak ansur tetap akan berhasil benda tuhh , perkara nihh lah yang diingatkan dekat kami sebagai Fasi baru yang kali perama join nihh . menarikk kan :))

usai program ice breaking bersama fasi baru , kami diperkenalkan dengan sang murabbi kami .
ustad Mahmud . tuhh dialah orang nya . sangat kami sanjungi . (: alhamdulillah setiap kesulitan yang kami alami semua diberi tunjuk ajar semasa sesi post mortem . berutung siapa yang tahu kelemahan rugi siapa tidak tahu kelebihan , tuhh lahh kataKatanya yang buat kami berfikir sampai ke hati :)) 
semasa kami di bilik V.V.I.P segala trademark, energyzer , zikir diperkenalkan kepada murabbi ini , macamMacam trademark yang ada untuk memperkenalkan diri kita untuk nampak menarik .
contohContoh trademark yang aku paling ingat lahh , 

"amalu bil niat , innaAllaha Ma'ana " : Kak Auni (GM Daurah)
"jangan tanya !" : Amirul ( leader little caliph)
"muka macam nihh , tapi dalam hati ada taman " : Syafiee ( Fasi Rendah Atas)
" semua pandang belakang ......." : tuhh kak Qila punya ( Fasi Menengah ) 

hahaha dengan gaya Gaya nak kenalkan trademark masingMasing :)) 
gelakk sakan kott time tuhh , haihhh ada yang lagi lawak bila buat tepukTepuk tuhh lahh . tepukkTepuk tade air lahh , tepukTepuk takyah Mandi lahh sebab isu SELANGOR yang air kena catu . tapi paling terbaikk adalah tepuk Anak Soleh dari kami group Little Caliph/Rendah Bawah
tapi serius memang seronok , kenangan semua tuhhh . masih segar dekat ingatan nihh (:
tuh tepukTepuk sebagai energyzer kami semua , kalau zikirZikir memang macamMacam lahh sebab zikir nihh ada yang aku baru dengar , ada zikir versi Yuna lahh , hahh benda baru (: tak semua orang akan dapatkan . seronok takk seronokk lahh aku rasa sangat bertuahh join Daurah nihh .  

okay cerita program untuk Peserta pula , macamMacam program nyaa untuk mereka mengikut kategori masingMasing , disebabkan aku Fasi untuk Little Caliph , antara aktivitinya adalah ice breakking yang anakAnak kecil ini ingat pecahkan ais, hahaha lawakk kottt . sebab masa aku tengah handle mereka waktu rehat tibaTiba ada tanya , 'ustazah ustazah , bilaa nak pecahkan ais' . haha Ya Allah masa tuhh aku dah blur kottt , bila kami yang Fasi nihh cakap pecahkan ais , rupanya mereka ingat ice breaking tuhh lahh pecahkan ais , tadelahh benda tuhh biasa bagi sesiapa yang baru first time join kem kan , hermm hari pertam daurah kami Praktikalkan isu Kebersihan (: sampai hari terakhir pung bila aku tanya apa ustazah pesan mereka semua ingat . Ya Allah , tersentuh kott bila apa yang kita ajar mereka masih ingat dan amalkan . (: sebelum tuhh setiap kategori ada lagu tema MasingMasing . dan lagu teman untuk little caliph adalah lagu Hanya Padamu by Ainan Tasnem :)) idea by nu'man Naim dan gaya kami semua . 











okay pada hari kedua daurah semua pelajar dikumpulkan di ruang solat bawah semua kategori , dekat situh semua diajar untuk amalkan solat duha , dan zikirZikir munajat . dan lagu Ya Badratim yang menjadi kegemaran aku menjadi lagu wajib program nihh :') seronok jehh dengar bila adikAdik nihh nyanyi . lagu nasyid  al-fatihah takpayah cakaplah dah hafal dah mereka semua siap gaya lagi :)) wahhh ! semangat tau tengokk bila dorang semangat . pagiPagi dah memikat hatiHati fasi nih (: then , aktiviti hari kedua nihh ialah tentang SOLAT (: ahaaaa macamMacam adikAdik nihhh . tapi serius apa yang korang ajar nihh dekat mereka kalau mereka still ingat dan amalkan , inshaAllah pahal kita berpanjangan . Allahuma Amin (: 

latihan sebelum solat .

pratikal dan amalan (:


pada hari ketiga pula ialah sesi muhasabah diri anakAnak ini , dan serius deep sangat tersentuhh kott . aku yang jadi fasi nihh pung menagis lagikan mereka nihh :') ahaaaa dah lama tak nangis kottt tapi time tuhh memang nangis dengan mereka sekali , haha tapi still tenangkan mereka jugak , ada juga yang menangis sampai muntah muntah , kalau ada orang yang tak boleh handle budak muntah memang payahkan nak settle kes macam nihh , tapi alhamdulillah . Allah mudahkan urusan kami . :) tuhh hari ketiga punya kes , ada first day punya kes budak demam . hahhh rehatkan dia , bagi makan macamMacam . opps lupa hari kedua pulak ada kes budak yang terkencing dalam seluar , so adik nihh terpaksa lahh berkain batikk . kui kui terpaksa dikk , walaupun adik baru darjah dua . kami ada tuhh jehh yang sesuai :)) tapi semua tuhh boleh handle dengan mudah , takde dah nak rasa geliGeli . kelakar kott ada time makan aku ajar mereka untuk suapSuap kawan dia , tapi mereka cakap geli . aku just ingatkan jehh nanti kalau mak ayah korang sakit korang semua yang kena buat semua nihh , lagi yang ank sulung , tanggunjawab besar . masuk jugakk lah rasanya dalam minda mereka , sebab ada yang bagi respond positif (: 




okay pada hri terakhir program ialah hanya tengok apa yang mereka pelajari selama empat hari dan jamuan . haaaa memang menarikk kott tengok gelagat mereka nihh , semangat dan semangat . :D hati jadi riang jehh tengokk mereka . haha okay cerita pasal jamuan , takpyah ceritalah kan . anak selangor memang kayaKaya . dan makan memang sedapp hahhh . ada makan KFC , Dunkin'sDougnut dan macamMacam , rezeki kumpulan tuhh lah sebab semua dapat makan sedap (: walaupun pada hari keempat tuhh suara dah macam alaAla nak hilang , badan dah lesu kepenatan tapi sangat meriah (: nampak dahh mereka boleh interaksi dengan lajunya dan mula tunjuk perangai sebenar . tapi back diri kitalah . adikAdik yang kita dapat tuhh lah perangai kita sebenarnya . ahaa serius lya betol tuhh , aku nampak lahh jugakk hahaha walaupun diri mereka mudah untuk dikawal tapi kadangKadang kenakalan tuhh tetap ada . 



tutttt.tuttt.tuttt........
dah habis program selama empat hari bersma anakAnak selangor nih.
sebenarnya bukan mereka saja ada aktivitinya , kami juga ada aktiviti sendiri pada malamnya . bayangkan kuat takuat mental dan fizikal nihh lahh kan start berkerja pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan peserta , post moterm 5.30-6.00 , 6.00-7.00 meeting dengan Group .. malam lepas isya program dengan murabbi dan meeting sampai lah pukul 3.00 atau 4.00 pagi (: ahaa wake up pukul 5.30 pagi . fuhh mata tuhh ngantokk memang ada tapi rasa macam takde lahh ngantoknya sebab apa yang kita nak bagi dekat anakAnak tuhh mesti kita nak buat yang terbaikk walaupun nampak macam payah tapi mesti Allah bantu kita .  teringat kembali hari pertama siapSiap semua sampai lahh 5.30 petang berprogram dan nak bergerak ke Masjid Jelutong iaitu Masjid Diraja , memang sangat cantikk masjid tuhh , dekat sana kami ada program T.O.T training of trainer . ahaaa masa tuhh lahh kami kenal macamMacam energyzer , zikir , lagu tema dan sebagainya . seriusly benda nihh bua ukhwah kami antara satu sama lain lagi akrab . 

ahaaa dri jelutong tuhhh nak dijadikan satu cerita kami lima orang dalam kereta kak Maizan sesat . hahaha Ya Allah masa tuhh dah sampai kota damansara semua jauh sangat kott dari shah Alam , dan aku tak tahulahh area mana dahh tuhh sebab nampak dah tol ke arah selatan . dah macam nak balik Johor Balik dah rasa , tapi tuhh lahh berapa kali tol kott jumpa baru sampai Shah Alam semula dalam area 12.30 gituhh sebab dari Jeluting pukul 10.45 gituhh , nampak takk kami makan Angin malamMalam . hahaha Allahurabbi , penad takpayah cakap , hari pertama tuhh makan aku pukul 10.00 lebih gituh . daripada siang tuhh tak makan , wuuuu~ kuat tak kami macam Tiger (: haha . tadelahh , kalau Allah tak izinkan kami Kuat kami tak rasa akan jadi macam nihhh (": 

herm pada hari ketiga sebelah malam ada Qasidah bersama murabbi . Allah masa tuhh memang sangat syahdunyaa , macamMacam aku rasa . ukhwah tuhh nampak strongnya (: memang kuat lahh time tuhh sebab bila rasa samaSama memuji Allah dan rasul kan . sampai ada antara fasi yang mengalirkan air mata pada hari  tersebut . indah nya time tuhh Allah jeh tahu rasa tenang hati nihh . 

dan Hari Keempat malam terakhir sebelum kami pulang ke destanasi kami , Ada Jamuan untuk kami dan Murabbi dan sesi luahan masingMasing hingga pukul 4.30 pagi . masa tuhh mata memang ngantokk tahap maksima lahh kan tapi bila diurut dengan kak tiqah ahaa segar balikk . kak tiqah nihh senior aku , means lagi tua lahh lepasan STPM kisas , akak nihh pung tak sangka macam mana dia boleh join daurah nih semua dan berada dekat daurah . (: betol semua nihh kalau Allah tak izinkan kita berada dekat tempat tuhh memang kita tak akan ada dekat situhh . malam tuhh salamSalam dan nangis semua ada . dah macam satu family dah rasa semua tuhh , siap aku rasa macam dahh taknakk balikk Johor dahh . haha takdelahh .
macam dah lupa pulak asal usul kan , hermm sebenarnya bila kita kat rumah Allah memang lagi tenang berbanding dirumah kita sendiri . detikDetik yang sangat berharga denkat sana tuhh belum tentu akan berulang pada masa akan datang kan , Allah . :')

dan sampai sekarang aku menjadi lebih tenang dan sabar dengan Apa yang Allah beri dekat aku . alhamdulillah ketenangan yang aku cari untuk tenangkan semula hati ini selepas diuji menjadikan aku lebih dekat dengan Dia . (': Allah masih sayang kan hambanya sebab tuhh dia uji Kita . Yakin dan sentisa sangka Baik jehh lah dekat Allah . AllhuRabbi semoga selepas nihh Engkau memberi peluang untuk aku melibatkan diri semula dalam Daurah nihh . (: Allahumma Amin , 

bertemu dan berpisah kerana Allah .
semoga ukhwah kita sampai syurga .

#throwback DAURAH SIRI 1/2014 



para Fasi rendah bawah/ Little Caliph :)






\\
bersama tuan dan zakiah .
kami sebaya (:



yang nihh kak Farah Afrina (: kami satu team.
 akk nihh dari DQ . 
nampk jehh macam senyap kecoh dalam diam rupanya (: 
eheee . semoga jadi hafizah yang berjaya yeh kakk .
aminnn .



*nihh bersama dengan Beberapa Fasi dan Peserta littleCaliph 
rinduuuu sangattt :'(



*nihh dengan kak siti hajar* kami rapatkan .
sayang akak nihh walaupun namapk macam dia lagi muda dari aku . 
beza umr setahun jehh (: 
semoga akk jadi hafizah yang berjaya . Aminn (:



till here then , 
assalamualaikum . 
















Syukran Jazilan. Thanks for Reading

No comments:

Post a Comment